Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz (KTESAA). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada institusi ini dalam usaha kami melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Sebagai Pengarah Kolej, saya amat komited untuk memastikan kecemerlangan kolej ini terus dipertingkatkan dalam semua aspek — sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, pembangunan sahsiah pelajar mahupun aspek pengurusan dan pentadbiran.
Bersama-sama gabungan Timbalan Pengarah yang berdedikasi, termasuk pesyarah, staf sokongan dan para pelajar khususnya kami akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik dan memacu inovasi dalam pengajaran serta pengurusan kolej. Komitmen padu ini diharap dapat melonjakkan prestasi kolej ke tahap yang lebih cemerlang, unggul dari segi pencapaian dan nilai dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan negara serta moto kami iaitu "KTESAA KE MENARA". Sekian, terima kasih
TIMBALAN PENGARAH
KTESAA
TIMBALAN PENGARAH PENTADBIRAN
TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR
TIMBALAN PENGARAH KOKURIKULUM
KETUA UNIT KURIKULUM
KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR
KETUA UNIT KOKURIKULUM
SETIAUSAHA UNIT KURIKULUM
SETIAUSAHA UNIT HAL EHWAL PELAJAR
SETIAUSAHA UNIT KOKURIKULUM
penyelaras bidang
Penyelaras Bidang Kolej Tingkatan Enam(Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz