TENTANG KAMi

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang diamalkan dan memberi manfaat kepada orang lain.

"Ya Allah, berkati ilmu yang aku pelajari dan jadikan ia manfaat untuk dunia dan akhirat.


#Sendiriankitabiasa,bersamakita jadiluarbiasa!

#Cemerlangbersama²

#kitabantukita

#MUETband4.0

#Pngk2.95

#STPM100%

#KTESAAkemenara

400+
Courses Available
10+
Staff and Lecturer
400+
Students
9000+
Hours Content
About Us

Know more about KTESAA (PraUniversiti)

Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz (KTESAA) bermula sebagai sebuah sekolah rendah dan menengah dengan nama yang berbeza, dan mengalami pelbagai perubahan sejak penubuhannya pada tahun 1950. 

Kini, ia menjadi sebuah pusat pendidikan yang khusus untuk Tingkatan Enam, menawarkan peluang pendidikan yang berkualiti bagi pelajar lepasan SPM di daerah Kuala Selangor.

Peratus Lulus STPM 2019
Peratus Lulus STPM 2020
Peratus Lulus STPM 2021
Peratus Lulus STPM 2022
Peratus Lulus STPM 2023

If you Have Any Questions Call Us On (03-3289 1380)

Register Now

KENALI KAMI

SINCE 1950

LENCANA KTESAA

Senarai Pengetua SEJAK 1950

       

 1950 - 1953: Mr. D.S. Attygale

 1950 - 1955: Mr. Foo Chong Choon

 1955 - 1957: En. Hashim Bin Abdul Hamid

 1958 - 1959: Mr. Jangir Singh

        1960 - 1971: Mr. A. Dennison

        1972 - 1974: Mr. R.R. Pachymuthu

        1974 - 1979: Mr. Ajmer Singh

        1980 - 1982: Mr. Loo Yew Khin

        1983 - 1986: Encik Rusli Rashikin

        1986 - 1987: Puan Anucia Jeganathan

        1988 - 1989: Tuan Hj Omar Putih

        1990 - 1991: Encik Poon Fook Fay

        1992 - 1995: Tuan Hj Mohd Bajury Markom

        1995 - 1997: Puan Zahrah Mahmood

        1997 - 2001: Puan Hjh Rohaniah Mohd Sahid

        2002 - 2003: Puan Hjh Saadah Othman

        2004 - 2007: Tuan Hj Mohd Mokhsin bin Shakne

        2008 - 2009: Puan Hjh Hafsah Zainal Abidin

        2010: Tuan Hj Abdul Khalid b. Hj Jaafar

        2010 - 2015: Puan Salmah bt Mohd Yassin

        2015 - 2016: Puan Aspuriah bt Masoad

        2016 - 2018: Puan Latifah bt Jaffar

        2019 - 2020: Puan Zainon binti M. Yusof @ Ali

        2020 - 2023: En Bibit bin Marzuki

        2023 - Sekarang: En Mukharita bin Shaharom

Sejarah Kami

pic3
Sejarah Penubuhan Awal

        Penubuhan Awal:

        Pada awal 1950-an, D.A. Borrie, Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Selangor, menyediakan memorandum untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di daerah Kuala Selangor.

        Pada 4 September 1950, sekolah ini dibuka di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, dalam sebuah bangunan yang didermakan oleh seorang tauke Cina, The Aik Chong.

        Sekolah ini dirasmikan oleh Raja Tun Uda, Menteri Besar Selangor ketika itu, dan dinamakan Government English School Kampung Kuantan.

        Pada 1954, dua bangunan tambahan dengan lapan bilik darjah siap dibina dan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Salehudin Abdul Aziz Shah, Raja Muda Selangor.

Read More
pic2
Perkembangan & Perubahan Nama

        Perkembangan dan Perubahan Nama:

        Pada 1957, sekolah ini memulakan pelajaran peringkat menengah dengan kelas tingkatan 1.

        Pada 1960, sekolah ini dibahagikan kepada dua: sekolah rendah dan sekolah menengah.

        Pada 21 Januari 1963, sekolah berpindah ke Tanjung Keramat, Kuala Selangor, dan dinamakan Sultan Abdul Aziz School, Kuala Selangor atau SAAS.

        Pada 1964, sekolah ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Abdul Aziz Shah.

        Pada tahun 1966, aliran sains diperkenalkan dengan kelas tingkatan 4.

        Pada 1979, bangunan tambahan dengan empat bilik darjah dan dua makmal sains dibina.

Read More
ting6 2
Peralihan ke Kolej Tingkaan Enam

        Peralihan ke Kolej Tingkatan Enam:

        SMKSAA adalah sekolah pertama yang menawarkan Tingkatan Enam dan STPM kepada muridnya.

        Pada 2015, Pelan Pemusatan Kolej Tingkatan Enam dan Pelan Penyuraian Arus Perdana bermula. Beberapa sekolah berdekatan seperti SMK Seri Tanjong, SMK Pengkalan Permatang, dan SMK Kuala Selangor menyuraikan murid-murid mereka ke SMKSAA.

        Pada 2019, tiada lagi murid Arus Perdana di SMKSAA dan sekolah ini secara rasmi bertukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz (KTESAA) pada 2 Januari 2019.

        KTESAA kini berfungsi sepenuhnya di bawah MOD 1, iaitu pentadbiran Tingkatan Enam di daerah Kuala Selangor.


=   Bilangan pelajar terkini ada 545 orang

Read More
INFO KTE PRAUNIVERSITI SULTAN ABDUL AZIZ

MOTO KOLEJ

"KTESAA KE MENARA"

Ikrar Rukun Negara
ikrar rukun negara
Ikrar Pelajar Kolej


Bahawasanya kami, 

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor, Dengan penuh iltizam, 

Berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha kami untuk menjadi pelajar yang berdedikasi, Berdisiplin dan bertanggungjawab,

Kami akan sentiasa meningkatkan usaha kami agar misi dan visi kolej

ini tercapai berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • MENGHORMATI GURU, IBU BAPA DAN RAKAN SEBAYA 

  • TAAT DAN PATUH KEPADA MATLAMAT DAN CITA-CITA KOLEJ

  • MENJANA KECEMERLANGAN DALAM SEMUA BIDANG YANG DICEBURI

Lagu Kolej



KTESAA Menjadi Sanjungan

Berteraskan Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik Negara Sejahtera

Usaha didik insan rabbani 

Bagai menggenggam bara

Menggapai yang dicita

Bersama hingga ke puncak jaya 

Pemangkin kecemerlangan insan

Berbakti kepada negara bangsa

Pada Maha Kuasa sandarkan harapan

Kehidupan harmoni kemesraan

Bersemangat setia dihati

Kibarkan panji kegemilangan

Sama bergandingan bina hidup lestari

Pelajar Kolej Tingkatan Enam 

Sultan Abdul Aziz menjadi sanjungan


Our Gallery

Pelbagai kemudahan kondusif di Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Sultan Abdul Aziz

Our Works
ting6

Interior Works

pic2

KTESAA

koop2

Interior Works

koop

KOPERASI

library

Interior Works

lib3

PUSAT SUMBER

MUET2

Interior Works

MUET1

BILIK MUET