Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t. , salam sejahtera, salam Malaysia madani & salam KTESAA ke Menara. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya berkongsikan maklumat tentang unit hal ehwal pelajar (HEP) pada julung kalinya.
Unit HEP terdiri daripada beberapa sub-unit antaranya adalah Unit Kebajikan, Unit Disiplin, Unit 3K, Unit Modal Insan Cemerlang (MIC), Unit asrama & rumah sewa, Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) serta Unit Data.
Semua pensyarah merupakan AJK disiplin secara langsung mahupun tidak, bagi memastikan para pelajar dapat mematuhi peraturan disiplin yang juga menjadi pencetus kepada pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah yang terpuji. Dua orang kaunselor UBK sentiasa memberikan kerjasama dan sangat komitmen dengan membantu para pelajar mempunyai motivasi diri, semangat juang & persediaan diri menghadapi peperiksaan serta info-info tentang kemasukan ke universiti.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sangat membantu setiap program yang diadakan, bertugas bersama Majlis Perwakilan Ketua & Penolong Tingkatan (MPKP) dalam memperkasakan dan mengawal disiplin para pelajar di kolej.
Unit 3K sentiasa memastikan kebersihan dan kemudahan dalam kelas dipertingkatkan agar sesi pembelajaran lebih kondusif, juga kesihatan perlu diambilkira dalam memastikan setiap pelajar boleh hadir ke kolej dengan keadaan badan yang sihat serta dari segi keselamatan akan ada penambahbaikan.
Unit kebajikan juga banyak membantu pelajar yang kurang berkemampuan dari segi sumbangan berbentuk kewangan, makanan dan lain-lain.
timbalan pengarah HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
KTESAA KE MENARA. MENUJU PUNCAK JAYA
penyelaras unit hep
Penyelaras Unit HEP Kolej Tingkatan Enam(Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz Tahun 2025
PENYELARAS JK BENCANA ALAM
PENYELARAS JK PROGRAM TINGKATAN ENAM YAYASAN SELANGOR
PENYELARAS JK KEBAJIKAN
PENYELARAS JK DISIPLIN DAN SAHSIAH
PENYELARAS JK ASRAMA & RUMAH SEWA DAN PENYELARAS JK PIBKS
PENYELARAS JK MODAL INSAN CEMERLANG
PENYELARAS JK DATA
PENYELARAS JK KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN (3K)
PENYELARAS JK PERHIMPUNAN RASMI D& PERHIMPUNAN HARIAN