SEJARAH KTESAA

pic3
Sejarah Penubuhan Awal

        Penubuhan Awal:

        Pada awal 1950-an, D.A. Borrie, Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Selangor, menyediakan memorandum untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di daerah Kuala Selangor.

        Pada 4 September 1950, sekolah ini dibuka di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, dalam sebuah bangunan yang didermakan oleh seorang tauke Cina, The Aik Chong.

        Sekolah ini dirasmikan oleh Raja Tun Uda, Menteri Besar Selangor ketika itu, dan dinamakan Government English School Kampung Kuantan.

        Pada 1954, dua bangunan tambahan dengan lapan bilik darjah siap dibina dan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Salehudin Abdul Aziz Shah, Raja Muda Selangor.

Read More
pic2
Perkembanga Perubahan Nama

        Perkembangan dan Perubahan Nama:

        Pada 1957, sekolah ini memulakan pelajaran peringkat menengah dengan kelas tingkatan 1.

        Pada 1960, sekolah ini dibahagikan kepada dua: sekolah rendah dan sekolah menengah.

        Pada 21 Januari 1963, sekolah berpindah ke Tanjung Keramat, Kuala Selangor, dan dinamakan Sultan Abdul Aziz School, Kuala Selangor atau SAAS.

        Pada 1964, sekolah ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Abdul Aziz Shah.

        Pada tahun 1966, aliran sains diperkenalkan dengan kelas tingkatan 4.

        Pada 1979, bangunan tambahan dengan empat bilik darjah dan dua makmal sains dibina.

Read More
ting6 2
Peralihan ke Kolej Tingkaan Enam

        Peralihan ke Kolej Tingkatan Enam:

        SMKSAA adalah sekolah pertama yang menawarkan Tingkatan Enam dan STPM kepada muridnya.

        Pada 2015, Pelan Pemusatan Kolej Tingkatan Enam dan Pelan Penyuraian Arus Perdana bermula. Beberapa sekolah berdekatan seperti SMK Seri Tanjong, SMK Pengkalan Permatang, dan SMK Kuala Selangor menyuraikan murid-murid mereka ke SMKSAA.

        Pada 2019, tiada lagi murid Arus Perdana di SMKSAA dan sekolah ini secara rasmi bertukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz (KTESAA) pada 2 Januari 2019.

        KTESAA kini berfungsi sepenuhnya di bawah MOD 1, iaitu pentadbiran Tingkatan Enam di daerah Kuala Selangor.


=   Bilangan pelajar terkini ada 545 orang

Read More